Pages



Tuesday, 25 December 2012

Sunday, 23 December 2012

Pengalaman

Pesanan daripada penaja..
berhati-hati di jalan raya walaupun anda seorang yang berhati-hati..
huhu..

Sunday, 16 December 2012

Kelas Tutorial BBK 3408 Kesusasteraan dalam Multimedia

Assalamualaikum..pertama sekali saya ingin megucapkan terima kasih kepada Kak Wani dan Kak Intan di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang kelas tutorial. Banyak yang telah saya pelajari seperti penggunaan Power Point, Adobe Photoshop, membuat laman web Weebly dan juga Blogspot. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang kelas tutorial ini dijalankan.





Istimewa untuk sahabat


SAHABAT SEJATI

Sahabat sejati
Amat sukar untuk difahami
Amat sukar untuk didekati
Namun, sahabat sejati tiada galang ganti.

Sahabat sejati
Amat sukar untuk dicari
Amat sukat untuk dikongsi
Namun, sahabat sejati tidak mampu ditandingi.

Sahabat sejati
Amat sukar untuk diperolehi
Amat sukar untuk dikhianati
Namun, sahabat sejati tidak mampu disaingi.

Ketahuilah sahabat
Sahabat sejati adalah sahabat yang sering menemani
Tidak kira susah mahupun senang
Sahabat yang sering memahami
Setiap masalah yang dikongsi
Juga sahabat yang mampu memberi sokongan, teguran,
dorongan dan nasihat saat diperlukan di sisi

Sahabat sejati
Sentiasa ada di sisi
Tidak mengira masa
Sering ditemani dan disayangi
Kerana sahabat sejati itu
SUKAR DICARI.







Puisi buat Gaza


HENTIKAN TANGISAN PALESTIN
(Sempena mengingati peristiwa di Palestin)

Hentikan tangisan Palestin
Yang sering menangis
Kerana peperangan
Kerana penindasan
Oleh Yahudi Zionis.

Hentikan tangisan Palestin
Yang sering menjadi mangsa
kezaliman Zionis
Biarkan mereka amandamai
Tanpa sebarang sengketa
dan peperangan.

Hentikan tangisan Palestin
Bebaskan mereka dari
kekejaman rejim Zionis
Bebaskan mereka dari
belenggu sengsara
Biarkan mereka hidup
penuh bahagia.

Hentikan tangisan Palestin
Kerana mereka telah
lama menderita
Jangan biarkan mereka
menangis lagi.

Ayuh warga Islam sedunia
Kita bersatupadu
Agar kita dapat
Menghentikan tangisan Palestin.











Khas buat adik-adikku


PUISI UNTUK ADINDA-ADINDAKU TERCINTA
(Khas untuk adinda-adindaku Nizam, Najmi, Najib dan Nasriq)

Buat adinda-adindaku sayang
Kakanda amat menyayangi kalian
Sepenuh jiwaragaku
Tiada yang dapat menggembirakan hati
yang dukalara ini
Melainkan gelak tawa, gurau senda
dan senyuman manis kalian
Yang bisa menghiburkan hati yang gundahgelana

Kakanda ingin berpesan kepada kalian
Tuntutlah ilmu dengan penuh keikhlasan
Demi menggapai cita-cita dan impian
Bahagiakanlah bonda dan ayahanda
dengan kejayaan kalian.

Adinda-adindaku sayang
Kakanda ingin menjadi role model
kepada kalian
Agar kalian juga bisa mencapai cita-cita
Sehingga ke menara gading.

Jadikan diriku sebagai pembakar semangat kalian
Untuk lebih berjaya
Tanpa kalian di sisi
Kakanda tidak bisa berdiri sendiri.

Ingatlah adinda-adindaku
Sebuah kejayaan menuntut pengorbanan
dan kesabaran yang tinggi
Berkorbanlah agar diri kalian
bisa menggapai cita-cita dan kejayaan.

Adinda-adindaku
Kakanda ingin berpesan
Janganlah kalian biarkan bonda dan ayahanda
Menangis kerana kegagalan
tetapi biarlah mereka menangis kerana
KEJAYAAN.

Kakanda
Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan kalian
dunia dan akhirat
Kekanda berharap agar kalian berjaya
dan menjadi pelindung untuk
keluarga tercinta.
                










Puisi Buat Bonda Tercinta


ISTIMEWA BUAT BONDA TERCINTA
(Sempena menghargai pengorbanan bonda tersayang)

Bonda
Yang telah mengandungkanku
Yang telah melahirkanku
Yang telah menyusukanku
Yang telah membesarkanku
Yang telah mendidikku
Tanpamu bonda
Tidak mungkin anakanda akan berada di sini.

Bonda
Anakanda amat menyayangimu
Amat menyintaimu sepenuh jiwaragaku
Kerana anakanda amat bersyukur
Memiliki seorang bonda seperti mu.

Bonda
Anakanda amat berterima kasih
Kerana telah bersusah payah menjagaku
Tanpa mengira penatlelahmu
yang saban hari mencari rezeki untukku
Tidak pernah sekali merungut
mahupun mengungkit
Malah bonda sering tersenyumriang
walaupun punya masalah yang sukar untuk
dikongsi bersamaku.

Bonda
Ketahuilah
Anakanda amat merindui
Walaupun jauh dari mata
namun dekat dihati
Dan ketahuilah wahai bonda
Bahawa bonda tetap ada
dalam sanubariku ini
Tidak ada ibu yang sebaik dan sehebat
bonda di dalam dunia ini.

Bonda
Ketahuilah
Bahawa bondalah ibu yang
terhebat di dunia ini
Anakanda amat menyanjungmu.
Bonda
Anakanda tidak mahu kehilangan bonda
Kerana anakanda amat menyayangimu
Yang telah banyak berkorban tenaga dan masa
TERIMA KASIH BONDA.