ISTIMEWA
BUAT BONDA TERCINTA
(Sempena
menghargai pengorbanan bonda tersayang)
Bonda
Yang telah mengandungkanku
Yang telah melahirkanku
Yang telah
menyusukanku
Yang telah
membesarkanku
Yang telah
mendidikku
Tanpamu bonda
Tidak mungkin
anakanda akan berada di sini.
Bonda
Anakanda amat
menyayangimu
Amat menyintaimu
sepenuh jiwaragaku
Kerana anakanda
amat bersyukur
Memiliki seorang
bonda seperti mu.
Bonda
Anakanda amat
berterima kasih
Kerana telah
bersusah payah menjagaku
Tanpa mengira
penatlelahmu
yang saban hari
mencari rezeki untukku
Tidak pernah
sekali merungut
mahupun
mengungkit
Malah bonda
sering tersenyumriang
walaupun punya
masalah yang sukar untuk
dikongsi
bersamaku.
Bonda
Ketahuilah
Anakanda amat
merindui
Walaupun jauh
dari mata
namun dekat
dihati
Dan ketahuilah
wahai bonda
Bahawa bonda
tetap ada
dalam sanubariku
ini
Tidak ada ibu
yang sebaik dan sehebat
bonda di dalam
dunia ini.
Bonda
Ketahuilah
Bahawa bondalah
ibu yang
terhebat di
dunia ini
Anakanda amat
menyanjungmu.
Bonda
Anakanda tidak
mahu kehilangan bonda
Kerana anakanda
amat menyayangimu
Yang telah
banyak berkorban tenaga dan masa
TERIMA KASIH
BONDA.
No comments:
Post a Comment