SAHABAT SEJATI
Sahabat sejati
Amat sukar untuk difahami
Amat sukar untuk didekati
Namun, sahabat sejati tiada galang ganti.
Sahabat sejati
Amat sukar untuk dicari
Amat sukat untuk dikongsi
Namun, sahabat sejati tidak mampu ditandingi.
Sahabat sejati
Amat sukar untuk diperolehi
Amat sukar untuk dikhianati
Namun, sahabat sejati tidak mampu disaingi.
Ketahuilah sahabat
Sahabat sejati adalah sahabat yang sering menemani
Tidak kira susah mahupun senang
Sahabat yang sering memahami
Setiap masalah yang dikongsi
Juga sahabat yang mampu memberi sokongan, teguran,
dorongan dan nasihat saat diperlukan di sisi
Sahabat sejati
Sentiasa ada di sisi
Tidak mengira masa
Sering ditemani dan
disayangi
Kerana sahabat sejati itu
SUKAR DICARI.
No comments:
Post a Comment